KELULUT.O.LOGI #104 – Percaya dan Yakin
.
Penternak dan pengusaha kelulut bertuah kerana berpeluang untuk meminum madu kelulut yang mereka ternak sendiri. Madu kelulut ini segar dan pastinya asli. Madu kelulut segar lain rasa, aroma dan khasiatnya berbanding madu kelulut yang sudah lama di tuai dan disimpan . Ini merupakan satu kelebihan dan nikmat kepada pengusaha kelulut yang tidak terperi.
.
Madu kelulut asli sudah terbukti mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Ini sudah tidak dapat dinafikan lagi. Kelulut yang mendapat wahyu dari Alllah S.W.T telah menganugerahkan kepada alam satu karya yang begitu kaya dengan ramuan yang membantu menjaga kesihatan.
.
Tinggi kandungan antioksida, anti-kuman, anti-radang yang merupakan komponen yang menjadikan madu kelulut sebagai salah satu ‘superfood’. Komposisi bahan aktif yang terdapat di dalam madu kelulut asli memastikan sel-sel di dalam tubuh kita utuh dan kekal remaja.
.
Justeru itu sebagai peminat, pengusaha, penternak kelulut sayugianyalah kita wajib percaya dan yakin dengan khasiat yang diasbabkan kepada madu kelulut ini. Amalan meminum madu kelulut jangan dilupakan.
.
Pengguna biasa minum 2 kali sehari- awal pagi 1 sudu dan malam sebelum tidur 1 sudu. Pengusaha madu kelulut tidak perlulah berkira-kira pula. Minumlah madu kelulut asli dan segar dengan sepuas hati.
.
Situasi Covid 19 di seluruh dunia yang semakin membimbangkan ini kita perlu lebih percaya dan yakin dengan khasiat dan amalan meminum madu kelulut. Selain dari berkurung di dalam rumah dan mengamalkan SOP C19, ini merupakan salah satu ikhtiar kita untuk melindungi diri serta keluarga.
.
Kita percaya perkara yang kita tidak nampak. Kita yakin hanya Allah yang berkuasa dan memberi kesembuhan. Ikhtiar dan tawakkal alallah.