Scroll Top
There is nothing to show here!
Slider with alias business-05-animated not found.

APA ITU KELULUT?

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat  di  seluruh dunia. Lebah  kelulut  boleh  didapati  di  kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika  Amerika.

MISI KAMI
Ini adalah Objektif Penubuhan Kelulut.Com.My
  • Menubuhkan pusat kecemerlangan yang dilengkapi dengan kemudahan penyelidikan berteknologi tinggi bagi meningkatkan kajian dalam bidang lebah dan kelulut.
  • Mencetuskan idea dan inovasi teknologi dalam kalangan penyelidik di UMT bagi manfaat industri lebah dan kelulut di Malaysia.
  • Menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan lebah dan kelulut antara agensi kerajaan, institusi penyelidikan dalam dan luar negara serta pengusaha kelulut seluruh Malaysia.
  • Memberikan konsultasi, perkhidmatan dan pemindahan ilmu kepada institusi dan agensi berkaitan.
  • Menggalakan pengkomersilan hasil penyelidikan.
  • Menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara ekosistem habitat lebah dan kelulut sebagai khazanah warisan negara.
  • Menyokong hasrat kerajaan sehaluan dengan program “Madu ole-ole Terengganu” yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu di MAHA2014.

IMPAK PENUBUHAN KELULUT.COM.MY

Hasil Kajian Berkualiti & Diiktiraf: Penyediaan kelengkapan dan fasiliti makmal mengikut piawai yang ditetapkan oleh piawaian Codex Standard For Honey: Codex Stan 12-1981 yang mempunyai ruang dan fasiliti terkawal, terancang dan kondusif mampu meningkatkan penghasilan dapatan kajian yang berkualiti dan diiktiraf.

0
Spesis Ditemui
Sebanyak 73 Spesis Kelulut Indo Malaya telah dikenalpasti oleh pihak kami.
0
Penyelidik
Seramai 14 orang penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu telah menumpukan kajian bertemakan Kelulut Spesis Indo-Malaya.
0
Hari
Kitaran hidup Kelulut boleh mengjangkau sehingga 60hari bagi Kelulut perkerja, bergantung kepada faktor persekitaran dan demografi pada satu-satu kawasan.

CIRI-CIRI MADU DI MALAYSIA

MADU KELULUT

  • Madu Kelulut lebih cair berbanding madu lebah.
  • Warna madu boleh berubah mengikut sumber nektar yang diperolehi.
  • Rasa masam berbanding madu lebah.
  • Mengandungi lactobasillus (LAB).
  • Madu kelulut tidak bercampur dengan debunga

Madu Gelam

  • Madu Gelam mempunyai ciri anti-septik, anti-bakteria, anti-radang dan ia digunakan secara tradisional terhadap kesakitan, terbakar, selsema, influenza dan pencernaan yang terganggu.
  • Sebatian aktif dalam madu gelam termasuk asid ellagik, asid gallik ,chrysin, quercetin, caffeik acid phenethyl ester, luteolin, kaempferol, and hesperetin, yang mempunyai ciri-ciri anti-radang dan immunomodulatori.
  • Madu Gelam menghalang pembebasan kedua-dua nitrik oksida (NO) dan faktor nekrosis tumor

Madu Tualang

Warna Madu Tualang
1. Warna madu mesti 1 warna dari atas hingga ke dasar botol (kemerahan atau keperangan).
Tidak berbelang warnanya.
2. Madu tualang tidak lutsinar tetapi bersifat keruh.
3. Warna madu tualang berbeza mengikut kawasan persekitaran hutan yang didiami oleh lebah tualang.

Buih Madu Tualang
1. Buih madu tualang amat halus kecil akan terhasil ketika madu tualang sedang aktif.
2. Buih akan menghilang/mendap/menyurut setelah beberapa jam dan akan kembali seperti asal tetapi masih meninggalkan sedikit kesan buih di atas permukaannya.
3. Lama kelamaan ia akan membentuk ‘gelang’ disekeliling permukaan madu tualang, maksudnya di dinding botol tersebut.
4. Buih madu tualang asli akan terbentuk dengan banyak kerana apabila baru dituai.

Bau Madu Tualang
1. Bau haruman madu tualang yang kuat.
2. Aroma bunga hutan yang kemasaman.
3. Tiada bau gula.

Rasa Madu Tualang
1. Rasa manis dan masam sedikit.
2. Apabila madu tualang masuk ke tekak akan terasa sedikit perit.
3. Terasa bau aroma madu di ruang pernafasan anda.

Kepekatan Madu Tualang
1. Madu Tualang tulen agak cair dan tidak pekat.
2. Kandungan air dalam madu tualang selalunya antara 22% – 26%.

testimonial-team
JACK BEAR
Marketing Manager

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco

testimonial-team
MARCUS FIELDS
Marketing Manager

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco