Scroll Top

KELULUT.O.LOGI #103 – Ancaman ‘fogging’ nyamuk

KELULUT.O.LOGI #103 – Ancaman ‘fogging’ nyamuk
.
Menternak kelulut di kawasan kediaman terutama di bandar atau pekan mempunyai beberapa cabaran tersendiri. Selain kelulut berhadapan dengan sumber-sumber yang agak terhad berbanding jika diternak di pinggi hutan atau kebun, aktiviti semburan bagi mengawal nyamuk juga merupakan satu ancaman yang besar juga terhadap kelestarian kelulut.
.
Bahan kimia yang terdapat di dalam ramuan semburan nyamuk bukan sahaja akan mendatangkan mudarat kepada nyamuk, malah kepada kelulut juga. Kelulut dan nyamuk merupakan serangga dan keduanya pasti terkesan dengan racun serangga.
.
Kesan bahan kimia selepas semburan juga akan mencemar sumber makanan kelulut terutama debunga yang menjadi salah satu makanan utama kelulut. Misalnya debunga yang tercemar, jika dikutip dan di bawa pulang ke dalam sarang akan memberi kesan kepada kehidupan koloni.
.
Petang tadi pertama kali berhadapan dengan ‘ancaman’ semburan nyamuk. Terus bergegas pulang dari pejabat apabila mendapat panggilan hangat dari rumah mengatakan semburan nyamuk akan dilakukan petang itu juga.
.
Habis kerahan tenaga isteri dan anak-anak menyarungkan ‘jilbab’ bidan terjun terhadap setiap koloni kelulut sementara semburan sedang dilakukan di keliling rumah jiran. Alhamdulillah sempat semua koloni diselungkupkan.
.
Ini adalah antara beberapa cadangan yang boleh dilakukan apabila ada aktiviti semburan nyamuk dilakukan :
1) Tutup koloni dengan bahan kedap udara seperti plastik sampah bagi mengelak kelulut terdedah kepada semburan
2) Jika berada di lokasi ternakan ketika semburan sedang dilakukan, maklum kepada penyembur racun nyamuk agar tidak menyembur berhampiran koloni kelulut.
4) jika mendapat makluman lebih awal dan bilangan koloni tidak banyak, pindah koloni di lokasi selamat (yang tiada penyemburan).
5) perhatikan keadaan koloni keesokan hari dan hari-hari seterusnya untuk melihat keaktifan koloni. Jika koloni kelihatan lemah kena buat rawatan yang bersesuaian.
.
Aktiviti penyemburan racun nyamuk perlu mengikut SOP yang mengambil kira kelestarian serangga bermanfaat terutama pendebunga seperti lebah, kelulut, rama-rama sebagai contoh.
.
Aktiviti semburan racun serangga mesti dilakukan selepas serangga-serangga bermanfaat tidak lagi aktif iaitu di waktu malam. Makluman semburan pula tidaklah di saat akhir dan membuat kita kelamkabut jadinya.
.
Kita kena sentiasa sensitif, perihatin dan menjaga kelestarian alam sekitar. Itu amanah kepada insan yang abdillah. Sayangi alam.
Kelulut Ancaman'fogging nyamuk 01
Kelulut Ancaman'fogging nyamuk 02
Kelulut Ancaman'fogging nyamuk 03
Kelulut Ancaman'fogging nyamuk 04
Kelulut Ancaman'fogging nyamuk 05

Related Posts

Leave a comment


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.