Scroll Top

KELULUT.O.LOGI #105 : Ganda Koloni Kelulut

KELULUT.O.LOGI #105 : Ganda Koloni Kelulut
Ketika tempoh PKP 1.0 tahun 2020 banyak masa dapat dimanfaatkan untuk memperhalusi teknik dan proses menggandakan kelulut. Di dalam tempoh itu juga jumlah koloni kelulut baru yang berjaya dihasilkan amat memberangsangkan. 100% tahap kejayaan. Sampai tak cukup ruang.
.
Teknik pecah koloni merupakan salah satu cara di dalam program biakbaka kelulut yang lestari. Ia satu usaha yang amat digalakkan dilakukan oleh setiap pengusaha atau penternak kelulut.
.
Program biakbaka ini juga merupakan salah satu inisiatif menuju ke arah ‘zero log’ serta pengurangan aktiviti penebangan pokok atau pengeluaran log dari hutan yang sudah pasti memberi kesan kepada keseimbangan alam sekitar.
.
Selain dari pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang perlu ada bagi memastikan tahap kejayaan, ada beberapa faktor luaran lain yang juga amat penting bagi memastikan usaha penggandaan koloni berjaya :
1- Bilangan koloni induk yang tersedia dan banyak bagi tujuan membekalkan kelulut pekerja dan juga sel telur dan sel ratu kepada koloni baru.
2- persekitaran plot biakbaka yang mempunyai sumber mencukupi bagi memastikan koloni baru dapat berkembang dengan cepat.
3- persekitaran yang tiada gangguan seperti semut (yang cepat tertarik kepada kotak haif baru jika berlaku tumpahan madu), lebah resin yang suka mengutip propolis terutama corong keluar masuk.
4- rekabentuk kotak haif.
.
Ada pelbagai rekabentuk kotak haif yang boleh digunakan bagi tujuan biakbaka. Pemilihan jenis kotak haif bergantung juga kepada beberapa perkara seperti tujuan biakbaka, jenis kelulut, persekitaran dan juga keselesaan pengusaha itu sendiri mengendalikan kotak haif.
.
Terdapat pelbagai cara atau teknik gandaan koloni ketika ini. Untuk seseorang pengusaha atau penternak memahirkan diri di dalam teknik-teknik gandaan koloni paling penting kena buat sendiri. Dari situ pengalaman akan berkembang.
Kalau buat memang jadi. Yang tak jadinya sebab tak buat.
Ganda Koloni Kelulut 01
Ganda Koloni Kelulut 02

Related Posts

Leave a comment


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.