Scroll Top

Impak Penubuhan Kepada Kelulut.Com.My

IMPAK PENUBUHAN
Hasil Kajian Berkualiti & Diiktiraf:

Penyediaan kelengkapan dan fasiliti makmal mengikut piawai yang ditetapkan oleh piawaian Codex Standard For Honey: Codex Stan 12-1981 yang mempunyai ruang dan fasiliti terkawal, terancang dan kondusif mampu meningkatkan penghasilan dapatan kajian yang berkualiti dan diiktiraf.

kelulut.com.my_Kajian_Berkualiti
kelulut.com.my_Penerbitan

Penerbitan:

Impak langsung daripada hasil penyelidikan berkualiti yang dijalankan di makmal tersebut mampu memangkinkan penerbitan sekurang-kurangnya 3-4 journal berimpak tinggi dan 5-6 kertas-kertas kerja prosiding per tahun. Peningkatan dalam penghasilan penerbitan dijangkakan akan bertambah dari setahun ke setahun bergantung kepada kapasiti dan keupayaan makmal serta kepakaran para penyelidik yang terlibat.

Impak langsung daripada hasil penyelidikan berkualiti yang dijalankan di makmal tersebut mampu memangkinkan penerbitan sekurang-kurangnya 3-4 journal berimpak tinggi dan 5-6 kertas-kertas kerja prosiding per tahun

Jalinan kerjasama Industri :

Impak penubuhan makmal turut memberi kesan kepada sektor industri. Hal ini dimana, sesetengah pihak industri makanan berpeluang mewujudkan kerjasama dengan UMT bagi menggunakan kemudahan Kawalan Kualiti Madu yang disediakan di Makmal Berpusat sebagai “Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Produk” tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pembinaan fasiliti serta pembiayaan tenaga pakar bagi pengendalian dan analisa produk berasaskan madu, kelulut dan lebah yang dikeluarkan oleh pihak industri. Sebagai ganjarannya, pihak UMT diberikan kemudahan latihan praktikal oleh pihak industri kepada para pelajar yang terlibat dalam penghasilan produk tersebut serta menjadi suatu batu lonjatan kepada penghasilan produk usahawan muda keluaran UMT yang berintelek tinggi dan berwibawa. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan kebolehan pasaran graduan serta penghasilan peluang kerja secara kendiri oleh graduan.

Penubuhan makmal penilaian sensori mengikut piawai yang ditetapkan oleh Codex Standard For Honey: Codex Stan 12-1981  berserta sijil Akreditasi Makmal Malaysia mampu menjana pendapatan kepada UMT melalui perkhidmatan berbayar terutamanya kepada individu-individu yang terlibat dalam industri lebah dan kelulut serta agensi-agensi kerajaan seperti pihak Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, IPTA, pengusaha lebah dan kelulut dan lain-lain

Penjanaan pendapatan melalui perkhidmatan analisa produk :

Penubuhan makmal penilaian sensori mengikut piawai yang ditetapkan oleh Codex Standard For Honey: Codex Stan 12-1981  berserta sijil Akreditasi Makmal Malaysia mampu menjana pendapatan kepada UMT melalui perkhidmatan berbayar terutamanya kepada individu-individu yang terlibat dalam industri lebah dan kelulut serta agensi-agensi kerajaan seperti pihak Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, IPTA, pengusaha lebah dan kelulut dan lain-lain umumnya di Pantai Timur Malaysia dan khasnya di Terengganu dengan menghantar sampel produk madu dan lain-lain produk (propolis dan roti lebah) mereka untuk diuji daripada segi kualiti, keaslian dan penerimaan produk sebelum dikomersialkan.

Sumbangan kepada komuniti :

Perkhidmatan dan latihan berkaitan pembangunan industri lebah dan kelulut juga boleh diberikan kepada komuniti setempat di sekitar Terengganu amnya melalui program inovasi sosial dan pemindahan ilmu. Ini dapat membantu individu-individu terlibat terutamanya industri kecil dan sederhana dalam memajukan dan membangunkan produk berasaskan madu,lebah dan kelulut mereka. Selain itu, pelbagai khidmat nasihat berkenaan dengan pembuatan barangan kosmetik dan kesihatan dapat diberikan secara percuma kepada komuniti setempat seperti penambahbaikan struktur, bentuk, perwarnaan, persijilan (MESTI) dan pengawetan sesuatu produk makanan. Selain itu, dengan bantuan para penyelidik yang berpengalaman dalam bidang lebah dan kelulut, komuniti setempat turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dalam mempelbagaikan produk keluaran mahupun peningkatan pengeluaran melalui teknologi terkini.

kelulut.com.mySumbanganKepadaKomuniti
Projek Komuniti dan Pengantarabangsaan
  • Projek kerjasama ibu tunggal bersama RMD Stevianas, Kampung Tempinis
  • Projek bersama Pusat Tunas Stevia
  • Projek  membangunkan produk hiliran orang asli Australia dengan menggunakan Projek Madu Jabee sebagai model.
  • Projek Pembangunan Desa Lestari   KKLW   kelulut di dalam ladang salak.
  • Projek pembangunan teknologi pendebungaan menggunakan kelulut untuk penanaman rock melon di dalam rumah fertigasi di Taman Pertanian Sekayu.
  • Projek pembangunan teknologi pendebungaan menggunakan kelulut untuk tanaman cili, timun dan rock melon di dalam rumah fertigasi.

Universiti Rujukan Utama :

Peranan Makmal Kualiti Madu yang diacukan secara agresif, terancang, bermatlamat jelas dan cemerlang mampu menjadikan Universiti Malaysia Terengganu sebagai Agensi Rujukan berkaitan bidang kajian perlebahan dan kelulut oleh institut pengajian tinggi, industri dan pihak swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pemerkasaan dan peningkatan kepakaran para penyelidikan dari semasa ke semasa, mampu menterjemahkan kredibiliti UMT sebagai peneraju dalam kecemerlangan bidang Sains perlebahan. Dengan usaha agresif dan berterusan dalam kepakaran dan penyelidikan sains makanan ini mampu merealisasikan keupayaan UMT sebagai peneraju dalam pelbagai disiplin penyelidikan.

kelulut.com.my_Universiti_Rujukan
Projek Pemindahan Ilmu
  • Kursus Ternakan Lebah Kelulut & Khasiat Kesihatan (21-22 Februari)
  • Seminar Perbandingan lebah madu dan kelulut (6-7 Disember)
  • Penceramah Jemputan untuk Bengkel Stingless Bees Farming, Melipoliniculture & Its Health Benefits Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. & UMT Jaya 21-22 Feb. 2014
  • Penceramah Jemputan Seminar Penternakan Lebah Madu dan Lebah Kelulut 2014. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu 25-26 April 2014
  • Penceramah Jemputan Seminar Pembangunan Produk Hiliran Lebah & Kelulut. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu 6 Dec 2014
  • Seminar Kelulut UMT 2015 (30 Julai)
  • Bicara Tokoh bersama Dato’ Prof. Emeritus Dr. Makhzdir Mardan – Connecting the bee dots. Julai 2015)
  • Fasilitator & Penceramah Projek Agropreneur Muda Lebah Madu Siri 5 Jabatan Pertanian Malaysia (Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur) 8 June 2015
  • Kembara Kelulut Kemboja Januari – 6 Februari 2016
  • Program Kemah Keming Id (Taksonomi) Kelulut Indo-Malaya (8-9 Februari 2016)
  • Bengkel Asas Makrofotografi Umt Siri 1/2016 (13,14 & 15 Mac 2016)
  • Ekspedisi Kelulut Royal Belum Siri 1/2016 (19 Mac 2016)
  • Ekspedisi Kelulut Royal Belum Siri 2/2016 (21 hingga 22 Mei 2016)
  • Kembara Kelulut Pattani (12 hingga 13 Mei 2016)
  • Lawatan Lembaga Pengurusan Universiti Ke Taman Alam Bukit Kor. (18 Julai 2016)
  • Penyelidikan Kawalan Serangga Perosak Kelulut (14 Ogos 2016)
  • Kembara Kelulut Negeri Tok Gajah (25 Ogos 2016)
  • Bengkel Advanced Fluorescence Microscopy (29 – 30 OGOS 2016)
  • Kembara Kelulut Metropolitan (3 September 2016)
  • Ekspedisi Kelulut Kenyir 2016 (15-16 September 2016)
  • July 2011 – Sep 2012 – Bengkel Demonstrasi Lebah Kelulut dan Potensinya Asian Apiculture Association (AAA) Conference and Malaysia Bee Research and Business Network (MBRBN),Yayasan Diraja Sultan Mizan & Kerajaan Negeri Terengganu
  • Jun 2015  Ekspedisi Saintifik Kelulut Pertama Bukit Kor
  • 2015 – Siri Jelajah Kelulut Semenanjung Malaysia (Utara, Selatan dan Pantai Timur Semenanjung)
  • 2015 – Kolaborasi bersama Queensland University