Data Kelulut : Tetragonula Laeviceps
Tetragonula_Laeviceps_Kelulut

Perincian

Keluarga : Meliponini
Genus : Tetragonula
Spesis : Tetragonula Laeviceps
Taburan : Thailand (Band Dong), Malaysia

Penerangan

  • Bersaiz kecil.
  • Terdiri daripada 2 atau lebih spesis biologi.
  • Kepala dan toraks bewarna hitam.
  • Bahagian klipeus berwarna merah keperangan atau kuning keperangan.
  • Mempunyai antenna yang berwarna merah keperangan atau kuning keperangan.
  • Bahagian atas antenna yang dikenali sebagai flagella dan pedicel berwarna hitam.
  • Rahang dan labrum berwarna merah keperangan atau kuning keperangan.
  • Tegula berwarna hitam keperangan.
  • Coxae (bahagian yang menyambungkan antara kaki hadapan dengan abdomen) dan protorak berwarna hitam keperangan.
  • Femur, tibia dan bahagian tengah basitarsus berwarna hitam keperangan.
  • Tarsus hadapan dan beberapa bahagian kecil pada tarsus lain berwarna coklat.

Galeri Tetragonula Laeviceps

Related Posts

Leave a comment